Nuffnang Advt

Pages

Wednesday, April 15, 2009

Langkawi 13 April -15 April 2009

Bercuti sambil bekerja di Langkawi......

Husband ada urusan di Langkawi. Sambil menyelam minum air..kami pun mengikut untuk menambah koleksi gambar-gambar percutian kami.hehehe.. Perancangan asal ingin menaiki kapal terbang.. Tetapi telah dibatalkan memandangkan kami plan nak pergi last minute.Seminggu nak bertolak baru sibuk-sibuk cari hotel dan merancang perjalanan. Jadi, matlamat asal nak naik kapal terbang terpaksa di tangguhkan ke percutian yang seterusnya...

Hehehe...naik keretalah anak-anak and maknya sekali ....... :)



Ni waktu kami mahu bertolak dari Bangi ke Langkawi. Matlamat asal nak keluar sebelum Subuh.. Tapi fikir-fikir semula, baik solat Subuh dulu baru bergerak. Jadi, dalam pukul 6.45am kami memulakan perjalanan...











***Sebelum naik feri di Kuala Perlis ***

Hari pertama di Langkawi.....



Memula sampai di Hotel Sinaran yang kami inap.. Sibuk menengok peta Langkawi. Plan perjalan seterusnya agar masa yang agak terhad ni penuh diisi dengan aktiviti yang berfaedah... hahaha....


Oklah bilik di Hotel Sinaran ni...2 king size tuh... murah bebetul and selesa... Harga semalam RM100, dapat diskaun RM90. Stay for 2 nights RM180...Oklah..taraf 2 bintang tapi memang selesa. Lagipun kami ambil hotel ni sebab betul-betul berdepan dengan tempat husband nak bagi talk tu...

**Anak belum sempat buat ape-ape dah melompat-lompat atas katil... Nasib baik ada 2 katil So, tak kacau katil mak bapaknya.. hehehe... kkdg lompat jugak melebihi batasan....


Ni Dataran Helang. Sampai kat Hotel, letak-letak beg..terus chupp ke sini.. Takut masa tak sempat nak melawat banyak tempat ni... hehehe...Sampai dah dekat pukul 6.30pm. Tak lama sebab still lagi kepenatan dek bertolak dari Bangi pada pukul 7 pagi. Dinner kami makan Laksa Penarak yang ada berdekatan dengan kolam dekat pekan Kuah ni. Food court dekat-dekat situ jugak.. kami makan laksa, tomyam ayam and steak (husband sejak 2,3 menjak ni asyik jadi omputeh jek.....)Tapi steak dia memang sedap.....Nyummy... Laksa..biasa jek


Hari kedua (14 April 09)

Ni lawatan kami ke Galeri Perdana pada hari kedua kami
di Langkawi (14 April 2009). Besar jugak galeri ni, tapi dah nak
keluar tu, air-con rosak...jadi berpeluh2 time nak keluar. Sempat jugak belikan souvenir untuk cikgu Najmi kat sekolah nanti... Banyak hadiah yang Tun terima sewaktu khidmat beliau dipamerkan di Galeri ini...
Antara suasana di dalam galeri Tun Mahathir.













Setelah selesai ber'tour' kat Galeri ni, kami terus menuju ke Pantai Pasir Hitam.. sempat pekena air kelapa dan beli baju kenangan, kami meneruskan perjalan ke Air Hangat.. Aiii....memang hangat jugaklah sebab kitaorang tak turun sbb kebanyakan tempat masih under construction... Muzium Kraf pun kami lalu jek sbb rasa cam dah tau ape yang dipamerkan di situ.. jadi, kami meneruskan perjalanan. Taman Buaya semua kami lalu jek. Bebudak ajak masuk, tapi kat KL pun ada buaya... hahaha..jadi kami meneruskan perjalan dan sungguh excited nak ke Teluk Datai..... Sampai ke penghujung jalan kami tak jumpa pun Teluk datai tu, rupanya... kat situ ada resort Datai n Andaman.. memula confuse gak.. ape kebendanya Datai n Andaman ni.. rupanya resort mengadap ke Teluk Datai.. .kami rasa cam takde ape-ape kat situ....teruskan perjalanan semula.... Habis minyak kereta kami tapi kat situ memang takde ape yang menarik pun...







Kami sempat pergi ke Geopark tempat di mana kereta kabel... Nak naik, tapi seriau pulak.. Lagipun bw baby... malas nak naik ke situ...

Ambil gambar kereta kabel tu jelah yek.. bebudak sibuk nak naik tapi mak paknya penakut.. hahahahaah
Hari ke-3 (Last day nak balik ke KL semula)



Ni pula lawatan hari terakhir kami kat Langkawi. Sebelum kami balik ke KL semula.

Makam Mahsuri...Gambar adalah tapak rumah Mahsuri. Actually dah pergi dulu tapi nak suruh bebudak naik dan tengok.. Excited jugak bebudak ni tengok rumah tu. Tengahari buta ke sana... Nak juga g melawat wpun dah nak balik... lepas ke sini...kami terus amik tiket feri balik ke Kuala Perlis....


Di sekitar kawasan Makam Mahsuri...


Ni pula di perigi Mahsuri.... Kat tepi perigi ni ada orang yang jual air dari telaga ni dalam botol mineral..Tapi ditulis di situ, air telah ditapis.. Tapi kami takdelah nak beli pun ...nak buat ape?? Buat kenangan ..tak payahlah....
Banyak lagi gambar-gambar yang kami ambil tapi tk sempat nak upload semua.
Antara peristiwa menarik lawatan kami ke Mahsuri ni, kami dapat tengok gambar Aishah (generasi ke 7 Mahsuri ) sewaktu kami ambil gambar kenangan di sana.

Staff kat situ yang tunjukkan kami gambar Aishah semasa lawatan dia ke sana baru-baru ni. Lain betul muka dia. dah kurus sangat.. Kalau dulu, lagi lawa rasanya.. Takde pulak kami ambil gambar tu...



Yang ni pulak gambar makam mahsuri. Yang tengah tu adalah replika sahaja sebab mengikut kata staff di situ, sengaja diletakkan replika makam mahsuri kerana kebanyakan orang-orang siam yang datang akan memuja. Makam yang sebenar adalah batu seperti di dalam gambar tersebut.

Ada juga kami pergi masuk ke dewan diorama. Masuk dewasa RM1, kanak-kanak RM0.50.Tapi takde ape sangat. Cuma kelihatan patung-patung yang disusun berdasarkan situasi Mahsuri dibunuh dan mesyuarat dahulu kala....

Lain-lain macam biasa.... kat sini jugak bapak bebudak ni kena 'pow' belikan topeng power rangers dan ultraman.. Pandai betul marketing diaorang ni.. Pintu keluar kena lalu diaorang punya tempat jualan... hahahaha....


Masa untuk pulang..............


Ini kereta yang kami sewa di Langkawi. Peminjam sewa kata kami pinjam 3 hari tapi ape ke bedahnya sebab datang je amik kereta pukul 4 petang dah.Kalau ikut jam..br 48 jam. Tapi dia charge untuk 3 hari. Memula dia bagi 3 days RM270 (sehari RM90). Minta2 kurang, dia bagi RM180. Nak amik kereta Wira, dia cam loleh tak nak bagi.. yelah..murah sikit... tapi husband kata kereta tu teruk dah.. Alang-alang nak berjalan...biar selesa.....oklah.....
Kami sempat juga memborong pinggan-mangkuk. Tapi tak amik banyak sebab, sape yang nak mengangkut.. tolong jawab.. kami jugak yang nak mengangkutnya... Husband excited beli pan Tefal.. Untuk kesihatan sebab masak tak payah guna minyak.....

Ni dalam perjalanan nak balik dah. Di dalam feri ke Kuala Perlis. Balik kali ni naik feri "Kenangan 6". Lambat pulak perjalanan memakan masa 1 jam lebih. Hari tu waktu nak g ke Langkawi rasanya hanya 45 minit jek.. Tapi takpelah..apa-apa pun..kami selamat sampai...

Setakat itu je gambar-gambar. Banyak lagi tempat-tempat yang kami lawati tapi malas nak upload banyak sangat.. hehehe.....

Sekian percutian kami ke Langkawi..... :)

No comments:

Post a Comment