Nuffnang Advt

Pages

Wednesday, June 17, 2009

Bengang..bengang

Nape pulak tajuk hari ni cam tak menarik ni.. Ape yang dibengangkan tu....Begini ceritanya.....

Alkisah....minggu lepas dah tempah pintu depan dan pintu toilet dengan sorang pakcik ni.. .. (pintu sekarang ni dah pecah dan tak boleh dikunci...Cmna boleh pecah ntah...Kualiti kureng...)..

Hari Sabtu hari tu, tanyalah..bila leh pasang pintu ni.. Dia kata esok (Ahad), sebab dia nak check dulu dengan kedai yang dia tempah pintu tu..... So, Ahad tu kami messagelah semula pakcik ni..

Dia leh balas message, dia kata tak dapat pasang hari ni sebab anak buah dia kawen.. Aik..pakcik ni...takkan anak buah nak kawen esok, hari ni baru tau..Konfius..konfius.. takpe...boleh tahan lagi..
Smlm (Selasa)..husband telefon lagi pakcik ni.. Kalau-kalau boleh pasang hari ni. Dia leh kata....ooo..hari ni saya sibuk sikit. Nak siapkan projek kat UPM pulak.. Lepas tu nak pergi ke Kemboja pulak dan kalau nak pasang pun , hari rabu depan.. Itupun kalau boleh tunggu.. Kalau tak, boleh cari orang lain..

Senang je dia cakap.. Kang sy kata kureng kang, tak elok pulak sebab pakcik ni dah tuo... Kena hormatkan orang tua ...tapi tulah dia...kkdg sebab kita ni muda agaknya..dia leh tibai-tibai gitu jek.. sabo jelah..
Last-last husband kata, kita cari orang lain jelah.. malas nak berurusan dengan orng gini.. kalau tak boleh, bagitaulah awal.... So, senang kita nak arrange masa....ni tidak.. kita pulak nak tepon dia.. kalau tak tepon gamaknya.... tahun depan kot baru dia nak pasang pintu tu.. Sabor Lia.... sabor.....

Kkdg sikap ginilah yang melemahkan sy nak menolong sesama bangsa. Kita nak tolong dia ada projek.. (wpun kecik je projeknya)... tapi dia pulak buat hal.. Kang pergi kat bangsa lain, marah pulak kata tak nak tolong bangsa sendiri.. Haii....dalam dilema pulak.. (hahahaha....mcm besar sgt masalahnya....)

So, sesiapa yang nak buat business tu, tak kiralah kecik atau besar...jagalah hati pelanggan kita.. sekecik-kecik servis tapi kalau menggembirakan pelanggan , insya-allah akan mendapat ganjarannya.. Sentiasalah cuba berusaha untuk memberikan servis yang terbaik...dan tak mustahil kita akan dapat ganjaran lain yang lebih besar lagi....

kepada pakcik 'tuuuuttt' saya doakan pakcik beroleh kesejahteraan dan keuntungan dari business yang pakcik usahakan...Amin....

No comments:

Post a Comment