Nuffnang Advt

Pages

Wednesday, June 17, 2009

Hujung minggu yang lepas

Hujung minggu yang lepas, family akak datang ke rumah. Hari Khamis dia telefon bgtau nak datang rumah malam ni.. Hah..sib baik dah kemas rumah.. kalau tak lotih makcik nak mop bagai.. Yelah..orang datang rumah, takkan nak duduk cam dalam sarang tikus pulak... hehe..

Akak pun samapi dah lewat. dalam pukul 12 jugak sebab dia bertolak lepas dia balik kerja. last minute punya plan nak bercuti. So, esok tanya nak mana. Dia kata nak g ke Genting.. Syokkk.. wooo....Tapi sorry yek makcik.. Kena kerja esok yek.. hahahaha... So, sy tak pergi.. hanya melihat gambar-gambar di kamera sahaja.

Hari Sabtu tu, kami plan nak pergi ke Desa Water Park.. tapi bila fikir-fikir balik, kalau nak duk main seharian kat situ at least berbaloi jugak nak bayar lebih pun.. LAst-last,,turun jelah kat pool kat bawah tu.. tak sapai sejam, masing-masing dah kesejukkan... Haaa...sib baik tak ke Desa Waterpark..kalau tak rugi je. Bayar mahal-mahal..main air tak sampai sejam..

Lepas je kami naik dengan tangan kaki semua menggigil-gigil, bersiap-siap pergi berjalan pulak. Kami ni mengikut jelah yang membawa kereta tu. So, tanya akak nak g mana?? Pergi ke ZOO.....
Ok lah... pergi jelah.. untuk bebudak seronok-seronok.....

Sampai kat ZOO pukul 12.30. Tengahari buta pergi ZOO.. Orang tak ramai sangat macam yang dijangkakan.. ingatkan jameed teruk,tapi perjalan ok jek. Takdelah kereta banyak sangat kat jalan. Agaknya orang Malaysia ni, cuti sekolah dah tak main dalam negara ni kot.. Semua dah booked kapal terbang awal.. hahaha..(assumption sendiri jek)..

Oklah.. lepas parking...sy masukkan Naim dalam baby carrier tu (cam kangaroo lah pulak) dan g ke kaunter tiket.. ok..untuk dewasa harag seorang Rm 15 dan kanak-kanak dari umur 3 tahun hingga 12 tahun dikenakan RM 6 .

Kami tak nak naik trin yang disediakan (dewasa RM2, kanak-kanak RM1) sebab lagi syok berjalan-jalan dan bebudak boleh tengok lama sikit haiwan-haiwan yang diaorang jarang tengok.. Memang ye pun sebab kami samapi kat check point yang memula kami samapi tu dah dekat pukul 3.. Uhhh...ai... 2 jam lebih kami berjalan.. (tapi stop pun banyak kali jugak yek...penat beb...Sy ni lagilah... bw pulak Naim.. Sakit badan tau... ).

Pukul 3 pulak, ada animal show.. Lepas dudukkan diaorang di tempat yang selamat... sy nak pg sembahyang... Jauh pulak tu.. nak kena round lagi sekali.. Aduihhh.... Kalau tak kurus tu tak taulah.. (hahahaha...boleh ke berjalan satu hari jek boleh kurus??)

Tengok animal show ni .. agak menarik jugak.. Dia keluarkan parrot dan jugak sea lion. Bebudak ni memang seronok and enjoy.. dalam pukul 4 lebih baru habis.. Letih gak aku berdiri dengan mendukung si Naim sebab tempat duduk dah penuh....
Tegang urat keting makcik ni ha..... tapi kalau nak melepak kat tepi tu, tak dapatlah pulak nk tengok haiwan-haiwan tu.. Sekali-sekala.. best jugak....


Lepas balik dari ZOO,pergi mengisi perut dulu di restoran di Jalan Melati, dekat-dekat dengan Restoran Ulik Mayang (yang ade isu dulu tuh.. ahak....) ..Tapi ni makan di Chinese Muslim Cuisine Food, Templer Restaurant... Oklah.. sebab dah berjalan banyak.. tak lalu pulak nak makan.. Minum air je yang kuat.. Order nasi goreng Thai dengan bubur Mushroom. Ingat anak-anak nak makan, diaorang makan sikit jek.. Sy jugak yang menghabiskannya.. aduih...perut makcik penuh ni....

Lepas makan, tanya akak .dia nak balik dah ke.. (padahal sy yg nak balik..hahaha).. Tanya abang ipar, dia kata tak nak lagi,..mmg nak berjalan samapi lebamlah... so, next plan pergi ke IKEA pulak.. Tempat berjalan lagi.....Berjalan bagai.. pergi pulak ke Downtown di Cheras..... Bebudak dah kepenatan...last2 tunggu akak kat kereta jek....

Lepas tu, berhenti makan di Cerana Restaurant di Jalan Cheras kul 2 am baru sampai rumah.. HAH!!!..betul-betul berjalan ni.. AKibatnya...esok pagi, sy terlantar kepenatan sekali jugak dengan si kecik.... Bebudak yg lain... apa lagi... ada geng..g turun berenang.....

No comments:

Post a Comment