Nuffnang Advt

Pages

Thursday, November 19, 2009

Hari ni hari ape ekk??

Hari ini hari Khamislah.. hehehe....

Ape yang menarik hari ni? Emm...stkt ni takde ape2 yang menariklah... tp smlm makcik pergi ke kedai beli brooch... Nape makcik pergi beli brooch ?? Sbb makcik nak bagi cikgu anak makcik hadiah.. Dia dah 2 tahun dekat pra-sekolah dan anak makcik dah nak masuk darjah 1 tahun depan.... HAAAA!!!! Anak makcik dah nak masuk darjah 1???

Hehe..sedar tak sedar dah lebih 7 tahun kitaorang bina keluarga bersama-sama. Susah senang, hadapi bersama.. Bergaduh, bercakar... ( hehehe..takdelah macm tu sekali...) semua kita hadapi..

Tapi syukur Alhamdulillah...selama kami bersama, rezeki kami sentiasa cukup....segala masalah, semua dapat penyelesaiannya.. Terima kasih tak terhingga buat Tuhan segala alam.. yang memberikan kami rezeki ini.. Alhamdulillah....

Ok..berbalik dengan cerita semalam.. Kami plan nak bagi cikgu Najmi ni tudung.. Tak kisahlah tudung bawal ke, siakap ke....eh.....tudung jogjet ke....Kami pun pergilah ke kedai tudung yang ada berhampiran dengan rumah kami iaitu di BBB. Punyalah pusing bbrp kedai tapi tak jumpa yang berkenan di hati.... Akhirnya, makcik amik keputusan, makcik nak pergi ke kedai brooch dan nak beli bbrp pasang brooch Korea yang pada makcik amat cantik... ( Makcik nak order dengan kawan makcik yang tuuuttt...kat office makcik tu, tapi dh last minute punya plan...terpaksalah makcik beli kat situ jugak.....).

So, dah beli 2 pasang brooch dan diletakkan di dalam kotak yang eklusif .... makcik pulak yang tertarik tapi dah niatkan nak bagi kat cikgu2 Najmi, makcik ingat nantilah makcik vroom...vrooom lagi dengan my hubbylah... dah tu pulak, duit makcik ngam2 je ngan harga brooch2 tu...

Pastu, makcik pergi pulak ke stesyen minyak Shell. Nak keluarkan duit dan beli roti untuk konyel-konyell..Budak 2 ni punya ligat, tp under control sbb makcik dah sound baieeekkkkk...punya...( sbb kat kedai brooch tadi, diaorang jatuhkan kotak brooch, jadi makcik dah bg motivasi cemerlang sikit kat diaorang)..... So, makcik kata tak boleh beli coklat, diaorang letak balik, dah boleh beli gula2 diaorang letak balik....... hahahaha....(menjadi plan makcik)...

On d way balik, kena fikir pulak dinner. So, makcik senang cerita, makcik beli je mknan kat kedai makan belakag rumah makcik tu.. Nasi goreng pattaya dan mee hoon pattaya untuk makcik... Orang tu cam pelik , sbb tak pernah kot org order mee hoon pattaya...BUkan ape, makcik cam teringin pulak nak makan mee hoon camtu sebb ada salah sorang blogger dia makan mee hoon pattaya... Last2 orang tu kata, oklah...boleh dibuat....

Sampai2 rumah dekat pukul 9.30. Tengok nenek kebaya kejap, sembahyang Isyak......pastu terus boomm... tidur...... Sedar2 pukul 7 pagi..kelam-kabut settlekan budak2...

No comments:

Post a Comment