Nuffnang Advt

Pages

Thursday, October 7, 2010

Contest Meletup TOP TOP !! RM yang TOP

Salam hari Khamis semua.. Tetiba lak 'silent reader' RM nak masuk contest..Walaupun tak nampak rupa, tp tetap setia membaca celoteh RM. Harap-harap dapatlah menang walaupun tak dapat consolation prize, dapat yang grand prize pun jadilah…

Terimalah pantun yang agak berkerat-kerat dan berkarat ni untuk RM. Perah otak,kain baju semua nak dapat idea buat pantun ni tauuuu.. Penat makkk… Tapi kalau menang grand prize, mak tak kisah and sukaaaaa…sangat. Berbaloi-baloi… Check it out…


Duit Malaysia duit RM,
Boleh membeli buah kuini,
Kalau nak join contest kak RM,
Jangan malu, boleh klik di SINI. 

Pecah gelas pecah kaca,
Hati-hati jangan sampai gila,
Blog RM rugi kalau tak baca,
Celoteh RM memang selamba. 

Makan pisang makan lepat, 
Makan nasi makan ketupat,
Kalau nak banyak info yang tepat,
Pergi ke blog RM pasti dapat.

Dari jauh nampak penat,
Penat berlari kejar Si Leman,
Sape pemilik blog yang cute sangat,
Mestilah kak RM bini Sirman. 

Petang-petang pekena pengat, 
Minum bersama kopi yang hangat,
Blog kak RM memang cantik bangat,
Kaler yang merah memang menyengat.

Jalan-jalan cari makan,
Cari makan sampai ke Medan,
Suka tengok RM jalan-jalan,
Kalau boleh, sponsorlah teman.

Naik bas tertinggal kawan, 
Untuk bercuti ke Pulang Pinang,
Wahai Red pemilik blog yang menawan,
Kasilah can..wa pun nak menang....



Fuh fuh.....jampi sampah sikeetttt.....

No comments:

Post a Comment