Salam
Ingat tak lagu bertemu dan berpisah??
"Bertemu dan berpisah adat manusia biasa.....hilang di mata tapi di hati jangan lupaa......."""
Hari tu berpisah...hari ni bertemu balik. Biasalah adat pertemuan ada perpisahan... Dan bila berpisah, tak mungkin takkan berjumpa lagi,kan... kecuali bila kita meninggal je...
Alkisah ceritanya....anak-anak Lia dah balik rumah semula selepas bercuti di kampung hampir 3 minggu lamanya... Usih..memang lama tu.... Rindu memang rindu tapi lepas tu suara naik lagi pitching nye.. hahahaha.... Camana budak-budak ni tak tension....
Tapi nak cerita jugak tentang sepupu mak. Baru-baru ni dia baru je meninggal dunia. Lia rasa sebak jugak sebab umur dia masih muda lagi. Dalam 40 lebih gitu kot.. sebak bukan sebab Lia ni kesal dengan kejadian itu tapi sebab Lia tak tau amalan Lia ni cukup atau tidak bila Lia pula yang akan dipanggil nanti.
Fikirkan anak-anak, sapa yang akan jaga diaorang bila diorang masih memerlukan kasih sayang mak. Harap-harap Lia dapat berikan yang terbaik sebelum Lia dijemput Ilahi nanti......dan doa-doa moga Lia dijemput dengan cara yang mulia. amin...
No comments:
Post a Comment