Salam hari Isnin....
Update untuk SNTN. SNTN still berjaya macam biasa.. Tapi hari minggu yang lalu, Lia cuti hampir seminggu dan seminggu tu lah tak dapat nak update blog macam biasa.. Yang ada hr tu pun, post berjadual... Tapi jangan risau....jap lagi, Lia akan g timbang ....jangan marah haa....
Usaha untuk kurus mesti diteruskan walaupun menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan....
Hari ni , Lia berpuasa. Menu harian tidak ada.Cuma tunggu untuk menu berbuka nanti.Harap-harap tidak melepasi tahap piawaian negara..
Ni menu semalam 12 Dec 10:
Pagi :
Jemput-jemput - melebihi 10 ketul
Air teh
Tengahari :
mee hoon goreng.
Nak masak, malas dan nak keluar pun malas jugak. Jadi, konon-konon malam tak nak makan..Tapi pesan kat B, minta belikan burger. Kantoi di situ.. nak-nak pulak makan burger pukul 11 malam.
Burp alhamdulillah....Lepas makan terus tido..takde exercise ape, tunggu sejam pun takde bagi makanan tu hadam...sebab kepala sungguh berat dan bantal sudah memanggil-manggil.
Kesimpulannya, diet semalam memang tak jadi....tu lah...orang dah pesan..kalau nak diet, biar selalu makan tapi dalam kuantiti yang kecil. Nak sangat jaga makan, terus makan waktu malam dan diet kat situ terus hancur...
No comments:
Post a Comment