Nuffnang Advt

Pages

Friday, January 7, 2011

sedih gembira, suka duka..

Salam dan hai...

Hari ini baru berkesempatan masuk semula ke dalam blog dan mengupdate sedikit sebanyak coretan.
SNTN? Mungkin berhenti setakat ini sahaja sebab Lia tak tau yang pulut tu pun tak leh makan dalam SNTN..... So , ada harapan lagi naik berat kepada yang lebih berat atau terlampau berat?? Aiyoo...

Tapi, takpelah.. Biarpun dah terkeluar dari contest ni, Lia akan tetap berusaha untuk terus turunkan berat badan.. Malu sey ngan husband, sejak bersalinkan anak sulung 8 tahun lepas, kata nak kurus... ni dah anak 3 pun sama jugak... makin naik ada... hehe...

Walaupun ada sedihnya.. tapi hari Jumaat yang mulia ni dapat jugak berita yang gembiranya.. alhamdulillah.. Jadi balancelah tu kan.... Lepas assembly di office tadi, ada sedikit penyampaian ceramah motivasi oleh Prof Muhaya. Suka dengar Prof berceramah sebab beliau mmg down to earth dan seorang yang simple. kata-katanya very humble and semua di relatekan dengan Allah..

Katanya, kita kena sentiasa positif. Walaupun orang tu marah, sakit hati ngan kita... kita mesti sentiasa memaafkan dirinya dan menyedari juga, kemungkinan marah dia tu disebabkan dia tertekan. Memang payah kan....tapi itu semua tak mustahil..

Banyak lagi motivasi yang diberikan.. Lagi, dia kata kita jangan sombong.. Kaya sombong ngan miskin atau sebaliknya sbb kita ni bukan sesiapa pun.Harta kekayaan dan diri kita ini juga milik Allah sahaja. Kaya mana atau pandai mana sekalipun kita, kalau tiada amalan tiada guna juga kita di sisi Allah... Insaf seketika..

1 comment: