Edisi nak cover mata dari tertutup dek mengantuk ya amat sangat...
Pukul 11 tadi hubby call. Dia nak g hntr anak2 kat rumah makcik. Sian makcik...jatuh sampai bengkak kaki tapi sanggup jugak tolong jaga budak2 ni.. Anak2 Umi jangan nakal-nakal yek.
Alang-alang dah lewat g keje, dia kata nak singgah ofis nak g lunch sekali... Mak orait jek.. Bab-bab makan memang kurang tolak... Kami pegi makan di Q-Thai... Order mee hoon tomyam dan kuew teow tom yam.. Marvellous.. Sodap sbb kami mm suka makanan masam2 pedas ni.. Nak belajar buat sendiri entah bilalah gamaknya.. Bak kata hubby....buku resepi kemain banyak,masaknya benda yang sama jugak.. Adoii!! terkena di situ...
Berbalik kepada dating mating ni, sbnrnya inilah satu-satunya peluang untuk kami berborak2 dengan lebih lama (1 jam waktu rehat) dan lebih fokus. Kebanyakan kata sepakat boleh dibincangkan semasa proses dating mating ni.. hehehe...Time ni jugaklah kami boleh bercerita tentang masalah2 yang dihadapi dengan lebih tenang kot.... sbb kalau kat rumah dah pening nak layan 3 orang askar tu jek.. dan mmg payah kalau nak berbincang di rumah...
Time dating ni jugaklah ,kami boleh berjalan pimpin tangan.. macam loving couple gitu... (bluweekkk...)
Anda bagaimana??
betol tu.... kalau kat umah takda maknanya.. dengan askar lagi..
ReplyDelete