Nuffnang Advt

Pages

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya

Salam ..



Sudah lama tidak meng'update' blog ini. Sejak berkurun lama sudah... Mood nak mengarang pun takde padahal dalam hati ni sudak membuak-buak mahu bercerita...

Tahun ni tahun ujian buat diri Lia dan family khususnya.. Raya tahun ni segala-galanya serba-serbi hambar... Kehilangan abah yang tersayang tanggal 7.7.2011 membuatkan hati kami sayu bila mengenangkan semula waktu hayatnya. Ajal maut semua di'tangan'Nya.. Kami redha Ya Allah... Kuatkan hati kami sentiasa. Amin.

Gambar takde lagi...nanti upload lain kali sahaja.

Raya pertama kami sambut di Salak. Rumah abang merangkap rumah keluarga juga. Sejak abah meninggal, mak mmg sudah menetap di sini. Ulang-alik sentiasa supaya mak tidak asyik bersedih hati dengan kehilangan abah.  Malam raya, bertolak terus ke Terengganu untuk bersama-sama keluarga suami. Sudah lama tidak pulang ke kampung. Rindu sudah dengan nasi minyak, nasi dagang, keropok lekor. Nyaman sungguh. Tapi hujan yang turun, menyebabkan laut bergelora... Takut sungguh melihat keadaan laut berbanding sebelum ini, kami bebas berlarian di tepi laut. Namun skrg tidak lagi. Nak bagi anak-anak turun pun risau..

Kami beraya di Terengganu sehingga hari Sabtu. Alang2 dah balik jauh , biarlah lama sikit. terasa nak start keje semula agak letih di situ... Tapi nak buek camno.. dah namanya makan gaji, kenalah balik jugak...

So, raya kali ni agak membosankan.. Rumah jiran-jiran pun tak pegi lagi. nak pegi karang, orang sibuk baru balik kerja, penat lagi mengemas... Faham semua tu sebab rumah sendiri pun macam tongkang pecah lagi... hahahaha...tp siapa yang nak datang tu, dialu-alukan cuma kenalah inform dulu... takut nanti, kena tolong kemas rumah sesama pulak... :)

No comments:

Post a Comment