Nuffnang Advt

Pages

Monday, February 13, 2012

GA - Joyahsport

Salam dan hai...

Lama dah tak update ceghita dalam blog ni..Kesyiaaannnn.... masa tak berapa nak mengizinkan memandangkan kat office banyak settlekan keje-keje di office. Di rumah, banyak melayan bebudak dan bapak... Huh...alasaaaannnnn... :)

Sambil blogwalking, tetiba ternampak GA yang diadakan oleh Joyahsport. Syarat2 tak banyak jadi bolehlah selit- selis sikit curi masa...

Joyah minta pembaca blog untuk teka barang yang di paparkan spt di bawah ni.. Tak tau nak teka apa tapi maybe ya...untuk tekaan kali ini, Lia meneka ia asalah sehelai kain... Kain apa ek? kena spesifik ke? Mungkin, sarung bantal atau alas meja, atau juga saputangan.  Jawapan antara 3 tu tapi kalau nak lebih spesifik, Lia pilih alas meja kot..

Nak tau details , boleh direct link ke sini ya.. Cekidaut.... :)
Joyah Sport Giveaway



Thursday, December 8, 2011

Muka buku

Salam dan hai

Orang dah lama dah syok ngan lagu muka buku nyanyian Najwa Latif... Yang Lia pulak, baru je nak start terkial-kial nak buat muka buku yang baru... Ni bukannya FB yek... ni untuk blog.. Nak tukar background... rasa silau pulak mata tengok kaler2 oren tu...

Lalink lalink.... Ish ish... Link nye... di SINI . Kat bawah tu antara gambar yang ada.

Arahan pun tak susah

1) klik je pada gambar yang kita nak..



2) Bila dah klik pada gambar tersebut, akan keluar arahan seperti ini. Follow je arahan tu dan save.Nak lagi jelas... Ni dia..













Preview dulu ghupe blog anda. Bila dah puas hati , boleh lah melaram di pagi raya...
Janan lupa bagi kredit kepada empunya background yang murah hati tu yek... Lia guna the cutest blog on the block punya blog.. Mak aiii...semput nafas...

Ok yek...selamat mencuba dan selamat beramal...

Wednesday, December 7, 2011

Jus asam boi yang shedappp

Salam dan hai

Semalam hari Selasa (10 Muharam) .. Alhamdulillah dapat berpuasa penuh wpun menggigil jugak (macam budak-budak) hiiii.... Biasalah... dah lama stop puasa, bila nak start balik memanglah cenggitu...

Smlm, keje memang kurang banyak jadi ada masa print resepi banyak le... semangat pulak tengok blog orang lain, ajar cara memasak, menjahit, mengait dan tak kurang juga yang cross stich lah bagai...  Jadi semangat nak memasak tu datang (Yang lain tak muncul2 sebab memang tak reti pun)...Masak air je pun...bolehh??

Jus asam boi... Wallaweh..memang syok habis.. terangkat betul..

Nak resipi?? Mai jenguk SINI.
Lia punya cara semalam simple je... Belah dua limau kasturi (dalam 6-7 biji), blend dalam blender. Masukkan gula dalam periuk, air limau yang telah diblend dengan biji2 sekali tu and asam boi (6-7 biji atau lebih)...Masak atas api sederhana sehingga mendidih dan perahkan juga limau kasturi untuk menmbah perisa... lebih masam lebih kick gitu... (uissshhh...dah meleleh ayaq liuq ni haaa...)




Credit to blog Ana Suzana.. 

Dahsyat minah ni tau.. Comel lote tapi tangkas dia....uisshhh...jangan nak kata apalah.. memang salute kat Ana.. nak tau cerita lanjut, bacalah blog dia...sempoiiii je...

Gambar tak dan nak tangkap sebab dah kehausan sangat... Yelah..sampai umah dah pukul 7 (dah azan Maghrib dah pun).... masak nasi, g sembhyang dulu, baru dapat minum air... tak ke hausss sesangat tu...

Challooo... :)

Thursday, November 24, 2011

CDCS

Salam dan hai semua...

Tak habis-habis dengan diet tapi kalau takde penggerak, mmg akan terhenti kat situ je, Makan pun takde nak control jek.. Rasa-rasa badan dah macam tong gas..berenti jap makan yang berat2... alamatnya diet hilang berenang ke tengah laut dalam.. so,plan bagi nak control makan ni, kenalah masuk apa2 pertandingan yang membolehkan berat tak naik  (maintain tu dah  baiklah tu....hihihi)...

Ni gmbar yang dipertandingkan (gambar terpaksa di'remove' atas sebab keselamatan) hahahaha.....chewah... berat awal 67.9kg ..next week 67.7kg..Oklah tu kan 200gm turun... kalau nak ikut peket susu, beratnya untuk 2 paket susu yang 100gm setiap satu paket.. oklah tu kan... next time, try turunkan berat satu paket beras pulak... hihihihi...

Berdoa menenangkan jiwa & saguhati dari Cameron

Salam 




Berdoa amat penting kan dalam kehidupan kita sehari-hari sebagai muslim? Kenapa macam tu pulak ? Sebab kita perlu meminta bantuan hanya dari Allah semoga segala urusan dipermudahkan dan dapat diberikan apa yang terbaik untuk diri kita... Kita tak tau apa yang bakal terjadi kepada kita, jadi doa adalah caranya supaya kita sentiasa berada dalam lindungan Allah dan sentiasa mendapat yang terbaik untuk kita. 

Eh..kenapa tetiba cerita pasal doa ni? Sebenarnya..tengah blogwalking tadi, Lia terbaca satu blog yang agak menarik perhatian Lia.. Seorang isteri yang meminta mendoakan suaminya yang berada di Mekah sekarang dan memberikan pula saguhati untuk sesiapa yang mendoakan suaminya di sana. Sungguh mulia hati seorang isteri yang sentiasa mendoakan suaminya walau di mana dia berada..Klik {SINI}

Dan ia memberikan peringatan untuk Lia juga supaya sentiasa memohon dan meminta daripada Allah supaya hidup sejahtera di samping suami dan keluarga tercinta dan semoga Lia menjadi isteri yang solehah. Amin.. 

Dan ini pula doa untuk Abidanish dan bagi sesiapa yang menunaikan haji semoga mendapat haji yang mabrur.. InsyaAllah.. 

Bismillahirrahmanirrahim ...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ya Allah...Ya Tuhan kami

Kami memohon kepadaMu Ya Allah agar Engkau berikanlah petunjuk, rahmat dan hidayahMu kepada Abid@nis  dan umat Islam yang lain ketika mereka berada di tanah suci, Kau berikanlah petunjuk semoga mereka kem
bali kepangkal jalan dan kepangkuan keluarga dengan aman dan sejahtera.


Ya Allah..
Aku juga bermohon agar Kau berikanlah kebahagiaan yang hakiki buat pasangan abid@nish bersama umid@nish. Moga keluarga mereka terhindar dari godaan/hasutan Syaitan yang sentiasa ingin menjatuhkan umat Rasulullah dan moga sinar kebahagiaan sentiasa menyinari hidup mereka sekeluarga menuju ke jalan yang Engkau redhai

Hanya padaMu aku memohon Ya Allah... Tiada yang lain selain dari Engkau aku memohon... Moga doa ini dimakbulkan olehMU ya Allah...
Amin..amin....Amin... Ya Rabbal A’lamin..




Wednesday, October 12, 2011

Mood Swing

I need to do something. I need to change myself, my personality, my target, my clothes (???? is it related?)

to be continue... 

Thursday, October 6, 2011

Atkins yang tak berapa nak ketat


Salam dan hai semua


Sejak-sejak dah mendaftarkan diri untuk Diet Atkins dengan Cabaran 5kg ni, tak pernah nak update pun blog (details nanti Lia masukkan dalam blog ni nanti..entah bila :) .....



Bukan apa, payah nak transfer gambar. Gambar semua dah amik. Senang cerita, MALAS ler… hihihihi…

Ketat tak ketat tu bukan ape.. nak ketatkan pemakanan mengikut ATKINS punya menu tap tak terketat sebab tak tahan dugaan dan COBAAAAANNNNNN……



Oklah..Lia nak bagi jadual pemakanan Lia hari hari Isnin (3 Oktober)sehingga ke hari ini (6 Oktober). Tapi hari ni punya sampai pukul 5 jelah yek. Malam nanti tak tau pulak nak makan apa.


Hari Pertama : 3 Oktober

Sahur: Air suam

-Puasa-

Berbuka: Cheese cake+ tomyam ayam


Hari ke 2 : 4 Oktober

Air : 3L sahaja



Sarapan pagi:

Telur dadar + mayonis +Black pepper sauce

Air suam

Makan Tengahari:

Ikan bakar + air jagung sikit je sbb dah tak tahan pedas (amik air husband)

Malam:

Lauk ayam kicap + mee goreng


Hari ke 3 : 5 Oktober

Air : 4.5L sahaja


Sarapan pagi:
Telur dadar + mayonis +Black pepper sauce

Air suam

Makan Tengahari:

Ikan bakar + air susu jagung

Malam:

Tomyam ayam

Sate (5 cucuk)


Hari ke 4: 6 Oktober 
Air : 4L (sehingga pukul 5.05pm)


Sarapan pagi:

Telur dadar + mayonis +tomato+sos cili

Air suam

Mid :

Mee hoon goreng , Roti tuna + ayam rending+ sambal kerang

Air Nescafe & Teh

Makan Tengahari:

Acar timun+papadom

Sirap bandung

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ni jadual yang Lia buat utk memantau pemakanan. Cincai bocai je… yang kaler biru tu, kira melanggar pantang larang ATKINS. Timbang hari ni, naik sekilo… ( Harap-harap waktu hari penimbang nanti, dapat turun..Huwaaa…takuttt…..)



 

Wednesday, October 5, 2011

Wordless Wednesday : Ummmmm CAKKK

UUUUmmmmmmm ...........................................


CAKKKKKK

Wednesday, September 28, 2011

Ingin menjadi magnet wang

Salam dan hai semua...


Sedang ber'blog walking', hati terpaut pada satu blog yang membincangkan mengenai pelaburan wang... Sedang mengkaji dan membaca untuk menambahkan ilmu yang memang kosong mengenai hal-hal pelaburan.. Linkkan pada blog supaya senang untuk sentiasa membaca ..
Orang lain semua dah beraset-aset , kita baru tersengguk-sengguk dengan satu rumah.....


Entry boleh klik pada tajuk... Credit to BLOG INI




INGIN MENJADI MAGNET WANG?

Oleh : Datuk Dr Maznah Hamid

Guru yang mengajar saya mengenai bagaimana nak menarik wang datang pada kita atau menjadi magnet wang selalu berpesan. Katanya. Jika kita mahu jadi jutawan.

Pertama sekali minda kita mestilah berfikir sebagai seorang jutawan.

Berpersonaliti menarik.
Bertindak.
Bekerja.
Bercakap dan ada PR terbaik.
Paling penting berupaya membantu seramai mungkin orang lain mendapatkan apa yg mereka inginkan!
Adakah anda ingin menjadi magnet wang?
Money Magnet!
Ilmu pertama yang perlu kita pelajari ialah The Universal Law of Attraction. Undang-undang alam daya tarikan. Guru saya orang Canada. Hingga ke Canada nak menuntut ilmu magnet wang ini!... berikut saya kongsikan beberapa langkah permulaan yang perlu kita segera ambil.

1. Hapuskan dari pemikiran apa jua kepercayaan mengenai kekurangan wang.

2. Hapuskan kepercayaan ‘sukarnya nak cari wang’

3. Hapuskan kepercayaan hanya kerja2 sukar dan mustahil saja yg boleh buat wang.

4. Hapuskan kepercayaan anda mengenai HUTANG DAN KERUGIAN! Kerana ianya amatlah sial dan membinasakan.

5. Hapuskan pemikiran dan percakapan ‘aku tak mampu’. Terlalu mahal! Aku takkan pernah MAMPU! Hapuskan! Singkirkan dari pemikiran dan kepercayaan anda!

6. Buka minda anda untuk menerima! Menarik WANG dari pelbagai sumber & arah. Ganjaran dalam perbagai bentuk. Pasti yang HALAL. Ok hari ini cuba kita praktikkan. Hapuskan semua kepercayaan2 ini dari pemikiran dan amalan kita ya!


Setelah kita menghapus semua kepercayaan2 negatif dan tidak membina dari pemikiran dan amalan kita. Langkah bijak seterusnya ialah ..........

7. Kita mulakan hari ini dengan penuh rasa kasih. Bersyukur. Menghargai walau sebanyak manapun wang yg. Kita ada. Katakan pada diri anda. ( ni cara guru org. Puteh ajar la) wang adalah Bagus. Wang amat penting. Saya sukakan Wa...ng! Dan Wang juga sukakan saya. Wang akan dapat membantu saya untuk membantu orang lain. Ulang x 2. Dari sudut psikologi. Ianya secara langsung akan menghantar signal. Isyarat kepada minda kita dan dunia di sekitar utk menarik dan menghantar lebih banyak wang dari pelbagai sumber termasuk & ganjaran2 yg tidak kita jangka

8. Hapuskan dari pemikiran anda apajua perasaan geram. Marah. Kutukan dan kritikan pada orang KAYA. dan berjaya. Kerana pemikiran begini tidak akan membantu 'Apapun' dan. WANG JUGA AKAN LARI JAUH DARI ANDA. Percayalah! Kerana ianya berlawanan dengan hukum alam. Undang2 tarikan!

9. Hargai kekayaan dan kemewahan orang lain dengan menyatakan kekaguman. Sanjungan apabila melihat sesuatu yang anda ingin terjadi pada diri anda. Berdoa dan bersyukur pada tuhan utk diri anda dan orang yg anda ingin ' Jadi' tu. Bersambung...

10. Sentiasa bersyukur dan menghargai berapa banyak wang yang anda ada. Sikap ini akan menarik lebih banyak WANG ke dalam hidup anda dan berpotensi utk menggandakannya.

11. Hargai dan syukurilah setiap sen dan ringgit yang anda perolehi kerana ianya adalah rezeki.

12. Kasihi diri mu dan letakkan diri mu terlebih dulu. Bantu diri mu dulu supaya berupaya membantu orang lain.

13. Ingatlah utk membayar diri mu terlebih dulu. Bayar hutang setelah bayar anda dulu. Sikap ini akan memberi isyarat pada minda separuh sedar kita dan seluruh dunia bahawa diri anda diletakkan terlebih dulu dan anda memang berhak dan layak menikmati kekayaan.

14. Yakinlah bahawa anda dilahirkan ke dunia utk mencipta kejayaan dan kekayaan sekiranya anda benar-benar berusaha memperolehinya!

Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya

Salam ..



Sudah lama tidak meng'update' blog ini. Sejak berkurun lama sudah... Mood nak mengarang pun takde padahal dalam hati ni sudak membuak-buak mahu bercerita...

Tahun ni tahun ujian buat diri Lia dan family khususnya.. Raya tahun ni segala-galanya serba-serbi hambar... Kehilangan abah yang tersayang tanggal 7.7.2011 membuatkan hati kami sayu bila mengenangkan semula waktu hayatnya. Ajal maut semua di'tangan'Nya.. Kami redha Ya Allah... Kuatkan hati kami sentiasa. Amin.

Gambar takde lagi...nanti upload lain kali sahaja.

Raya pertama kami sambut di Salak. Rumah abang merangkap rumah keluarga juga. Sejak abah meninggal, mak mmg sudah menetap di sini. Ulang-alik sentiasa supaya mak tidak asyik bersedih hati dengan kehilangan abah.  Malam raya, bertolak terus ke Terengganu untuk bersama-sama keluarga suami. Sudah lama tidak pulang ke kampung. Rindu sudah dengan nasi minyak, nasi dagang, keropok lekor. Nyaman sungguh. Tapi hujan yang turun, menyebabkan laut bergelora... Takut sungguh melihat keadaan laut berbanding sebelum ini, kami bebas berlarian di tepi laut. Namun skrg tidak lagi. Nak bagi anak-anak turun pun risau..

Kami beraya di Terengganu sehingga hari Sabtu. Alang2 dah balik jauh , biarlah lama sikit. terasa nak start keje semula agak letih di situ... Tapi nak buek camno.. dah namanya makan gaji, kenalah balik jugak...

So, raya kali ni agak membosankan.. Rumah jiran-jiran pun tak pegi lagi. nak pegi karang, orang sibuk baru balik kerja, penat lagi mengemas... Faham semua tu sebab rumah sendiri pun macam tongkang pecah lagi... hahahaha...tp siapa yang nak datang tu, dialu-alukan cuma kenalah inform dulu... takut nanti, kena tolong kemas rumah sesama pulak... :)