Nuffnang Advt

Pages

Monday, May 11, 2009

MOTHERS' DAY

Entry untuk kali ni pasal Mothers' Day. Smlm 10hb Mei ialah Mothers' day. Tapi awal-awal lagi saya dah sambut on 9hb sebab kedua-dua mak ada. Mak yang melahirkan saya dan mama iaitu mak kepada suami saya dan merangkap mak saya jugaklah kan sebab dah bagi anak dia menyayangi saya sekali..

Sambutan kali ni , saya mmg plan mmg nak suprisekan kedua-dua mak saya itu.. Mak dan mama... dan yang jadi mangsanya ialah suami yang ku sayangi tu.. heheh (bodek lagi)... untuk menyumbangkan wang untuk membeli kek dan membelanja diaorang. Tempat tu husband saya yang propose sbb senang nak beli kek direct iaitu Secret Recipe... Tiba di situ pada pukul 8 malam .. Order makanan bagai... dan last sekali makan kek. Kek tu , kami nak beli yng full tapi tau-tau jelah...secret recipe ni keknya besar.. jadi, husband cadangkan untuk beli yang kecik jek.. Kebetulan tengok di display rack tu ada "chocolate indulgence' separuh. saya pun bgtau husband amik yang separuh tu jelah.. husband kata ok.. n suruh orang tu tuliskan words .....kelakarlah jugakk.. sbb yg lain amik full, kami amik half jek..

Bw ke meja n announce an yang ni adalah kek untuk bagi mak and mama penghargaan untuk hari Ibu.. terharulah mak n mama dengan tindakan kami itu.. abang ude aku pun apalagi mengeluarkan suara yang sumbang untuk menyanyikan lagu hari ibu.. (lirik tukar, tapi nyanyi ikut rentak lagu birthday)

Setelah itu, kami pun berpisah.. Mama akan balik ke Terengganu keesokkan harinya dan mak akan pulang ke Johor selepas hadiri majlis cukur jambul cucu makcik saya esok di Bangi..

Untuk mak yang melahirkanku ke dunia ini Puan Fadzilah Hj Husin, Ina menyayangi mak sampai bila-bila. Maafkan segala ketidaksopanan Ina selama ini jika ada layanan yang kurang mak senangi...

Untuk mama pula, Puan Normah Johor, terima kasih melayan sebagai anak sendiri...

Saya bangga mempunyai mak dan mama yang sungguh sporting... Doakan kami bahagia... dan maafkan segala salah dan silap kami terhadap mak dan mama...

No comments:

Post a Comment