Nuffnang Advt

Pages

Friday, May 15, 2009

Hari Jumaat yang tenang

Pagi Jumaat ni cam biasa jek sehinggalah nak ke pukul 11 am, keadaan menjadi kucar-kacir. Bukan ape, banyak sangat yang nak cari faillah, cari laptoplah..semua bagai.... Bila waktu lunch tu, ingat malas nak keluar..tapi kawan ajak g makan. Oklah..kalau makan jek ok..kalau g Alamanda ke Jusco ke cam malas pulak tengah panas-panas ni.

Kami pergi makan lunch ke Kelab Komuniti , Cyberjaya. Tengok ada set kampung style.. Best.. gamabr tak amik yek sebab sudah kelaparan...

Apa yang ada dalam set ni ialah..ayam masak lemak (2 ketul sederhana besar), sayur , sambal belacan (sedap jugak sambal belacan dia) dan keropok. Air sirap selasih... Harga untuk set ni RM9.90. Oklah kalau nak amik yang ala-carte lagi mahal. Tengok kat menu, fruits beberapa slice jek dah RM8.50.. Tu tak campur air, makanan lain lagi.. Tapi yang pasti, makan kat sini agak puas hatilah... BURP...!!! Alhamdulillah....

No comments:

Post a Comment