Nuffnang Advt

Pages

Monday, May 18, 2009

Hari Isnin yang ceria.............

Hari Isnin yang ceria.. Ye ke ceria?? Harap-haraplah yek.... :)

Entry ni untuk cerita di hujung minggu yekkk...

Hari Sabtu yang lalu, husband ada talk di Putrajaya. Saya pun untuk membuang keboringan di rumah, pergi lah ke office untuk mengemas apa-apa yang patut. Tiba tepat di office dekat-dekat pukul 9 am dan terus mengemas kini fail-fail yang tidak terurus. Pening kepala tengok fail yang bersepah-sepah ni. Dalam pukul 9.30am, K Ros pun sampai.. Bukan kak Ros Upi-Ipin yek,... (hehehe...anak-anak kalau dengar je nama K Ros, semua ingat k Ros Upin Ipin...hehehe...kuat betul pengaruh Upin Ipin ni...)

Kami menyusun fail-fail dan meng'shred' apa-apa yang patut di'shred'.. Tinggalan staff lama yang diaorang tinggalkan untuk kami buat kerja tu... so, selepas tamat exercise tangan tu, aku pun menyelesaikan kerja-kerja memunggah kotak-kotak di bawah partition yang tidak digunakan.. memang banyak harta karun sape ntah yang ditinggalkan dan kami niatkan untuk humban je semua harta-harta karun tersebut....

Agak-agak dalam pukul 3, aku pun kemas-kemas barang dan nak baliklah.. Dah kepenatan..Sambil tunggu husband, sembahyang Zohor di surau.. Tak lama lepas tu husband sampai dan kami terus menuju ke Putrajaya utnuk menuju ke rumah Zaidi...

Sampai di sana, rupa-rupanya Pakcik Zaidi ni sambut kelahiran anak dia yang pertama. Sabor jelah makcik. Dia tak bagitau pun itu sambutan birthday anak dia. Kami dengan poyo tanpa bawa hadiah pun untuk anak dia, duduk kat meja n terus makan... Borak-borak dekat pukul 5 jugak kami sampai di rumah.... Kepenatan kami, sampai mak bapak yang tidur... anak-anak yang entah bila tau penat agaknya,menyambung tengok cerita kat TV ....

No comments:

Post a Comment