Nuffnang Advt

Pages

Friday, April 23, 2010

Salam hari Jumaat

Dah hari Jumaat dah ni. Hari ni 23 April 2010. Adoi..dah berapa lama lah makcik tak update makcik punya blog ni. Maaf ye...makcik kat office mmg tak update blog. Baca blog orang adalah..

Ok..hari Jumaat adalah hari yang panjang lunch breaknya. Jadi , kawan-kawan ajak pergi ke Kelab Komuniti Cyberjaya untuk main badminton. Nak anti sosial tak leh pulakkan. Lagipun makcik pun dah lama tak pergi mengaktifkan diri dalam sukan ni. jadi, makcik pun setuju. Sampai je kat sana, makcik tengok rupanya makcik yang begitu semangat ... Lepas main dalam 20 minit, panciiittt!! Hahahaa....stamina mmg kurang.. rehat dalam 10 minit, gitu..sambung semula.. Pukul 2 habislah..

Pada makcik oklah.. Peluh memang keluar banyak.. Kain makcik pun dah longgar ni.. hahahaha (Sila jangan percaya) Takkan satu hari je dah longgar...Adoii...nak-nak spare tyre makcik ni mmg tebal... Memang syok tp kalau minggu depan diaorang nak buat, tak leh nak joinlah sbb bukan ape. nak ke situ je dah makan masa.. Pastu kelam-kabut lak nak balik...mandi-manda bagai..masuk keje.. Ni nak menaip pun tangan makcik dah kebas ni.. menggigil betulll.... Rasanya malam ni mmg pengsan je ni...Kepenatan...Eh...penat ape...makcik main sukan tauuu!!!...Hahahaha..

No comments:

Post a Comment